Orang Terengganu menambah banyak ng dalam perkataan mereka. Contoh: " Kamu nak makan ikan?" menjadi " Mung nok makang ikang?". Orang Terengganu malahan menggelar diri sebagai orang "Tranung".
Cerita bunyi sengau n pula, saya ingin memilih perkataan "jalan" sebagai contoh kerana ada udang di sebalik batu ni. Tatabunyi peneutralan menukarkan jalan kepada jalang. "Malang ni" tempat kereta berjalan ni menjadi perempuan jahat.
Sebagai negeri berjiran, Terengganu dan Kelantan berkongsi beberapa ciri bahasa. Perkataan yang berakhir dengan s dalam bahasa Baku sejajar dengan perkataan berakhir dengan h dalam kedua-dua dialek. "Malas" menjadi "Malah" dalam bahasa Terengganu. "Malah layang" tu, malas layanlah!
antara salah satu makanan tradisional orang "ganu"...satar...
Keropok lekor merupakan sejenis makanan traditional pantai timur, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.
Selain Rantau Abang, di Terengganu, hanya 4 tempat sahaja tempat DI DUNIA yang menjadi tempat pendaratan penyu belimbing, jenis penyu yang terbesar di dunia, iaitu di pengairan Surinam, Irian Jaya, Costa Rica dan dekat dengan pantai Tongoland.
ganu kite...





No comments:
Post a Comment